EPILONG CINTA LARRA
BAB !
Jendela kaca yang hampir kelabu itu ku buka perlahan.Terdetik dihatiku,sungguh lama ia tidak ku dekati dan ku buka.Semenjak kematian Kamal segalanya berubah.Aku yang masih lagi hidup di dunia tetapi menjalani kehidup umpama mayat yang hanya masih bernafas,yang hanya berada dibilik gelap ini meneruskan sisa kehidupan yang ku rasakan tiada lagi bermakna.Sebenarnya aku sendiri kurang pasti mengapa aku menyiksa diri ku sehingga sedemikian rupa.Tetapi aku dapat merasakan jiwa dan hatiku seakan –akan dikebumikan bersama-sama jasad Kamal yang terbujur kaku.Aku tidak dapat menerima bahawa aku akan kehilangan satu-satunya insan yang amat aku cintai dan ku kasihi sepenuh jiwa dan raga ku.Aku kehilangan kamal untuk selama-lamanya.
“Larra dah bangun sayang?” sapaan ibu menyentak lamunanku.Sebelum memalingkan badanku segera ku kesat air mata yang tidak pernah kering di kelopak mata ini.Aku hanya memandang ibu Sambil tersenyum tawar,kemudian ku palingkan badanku menghala ke jendela.Sepertinya aku amat merindui udara segar yang sudah lama tidak ku nikmatinya.Ku nikmati panorama indah di hadapan ku,alangkah indahnya ciptaan tuhan.Wajahku tiba-tiba ceria.
Ibu perlahan mendekatiku,”Ibu senang hati tengok larra sudah ceria lagi seperti dulu nak” Luah ibu tanpa ku duga.Rupanya ibu memerhatikan aku dari tadi. “dah lama ibu tak tengok larra tersenyum,ibu rindu pada anak ibu Larra yang dulu” sambung ibu lagi sambil memeluk bahu kiriku.Aku menoleh pada ibu,jelas berkaca sepasang mata seorang ibu yang seolah-olah kehilangan anaknya telah sekian lamanya.Alangkah berdosanya aku membuatkan hati seorang ibu gundah sedemikian rupa.Kini aku bertekat aku ingin kembali menjadi Larra dahulu,Larra yang hampir-hampir hilang.Seorang Larra yang ceria,manja,penyayang dan berdikari.
“Ibu,maafkan Larra ya bu,Larra dah banyak susahkan ibu dan keluarga kita,Larra berdosa bu”aku meluahkan apa yang tergumpal di hatiku sambil mendakap ibu erat.kedua beranak menangis teresak-esak.
”syukur lah sayang,kalau Larra dah sedar.Relakan lah pemergian kamal dengan redha,sedekahkan lah pahala doa pada dia,tentu itu lah sebenarnya yang lebih arwah kamal harapkan.”ujur ibu sambil tersenyum…Aku hanya mampu membalas senyuman ibu sambil menganggukkan kepala tanda aku memahami apa yang ibu hasratkan untuk ku…..
Aku ingin kembali menjadi larra yang di sayangi..di kasihi oleh semua orang….ya….larra akan kembali….aku tersenyum sendiri mengembalikan semangat ku…..
******************************************
Selepas membersihkan diri aku berdiri dihadapan cermin.Ku tatap susuk tubuhku yang jauh berubah.Badanku jadi terlalu kurus dan wajahku cengkung.Mataku lebam kerana terlalu banyak mengeluarkan air mata.Aku berjanji pada diriku sendiri bahawa aku akan kembali lagi seperti dahulu.Aku mengemas bilik ku yang sudah berbulan-bulan tidak berkemas kerana aku melarang keras mak ton pembantu rumah kami menyentuh apa-apa di dalam kamarku.Padaku segalanya kenangan antara aku dan kamal aku semadikan di situ.
Selesai segalanya, aku bersiap dengan berpakaian kurung hijau lembut pemberian kamal pada hari raya tahun sebelumnya.Dengan berselendang hitam dan mengenakan cermin mata gelap.Aku berhajat untuk pergi kepusara Kamal.Hanya itu dapat menenangkan hatiku.
“Larra,nak kemana ni nak?” Langkahku terhenti,ku lihat abah duduk di sofa di ruang tamu.Perlahan ku berjalan menuju ke arah abah,lalu ku hadiahkan senyuman ikhlas untuk abah.
“Larra nak kepusara arwah Kamal abah.”terangku ringkas.Abah tersenyum,terpapar raut wajah gembira abah melihat perubahan aku.”Bagus la nak,abah syukur sangat melihat kamu sudah kembali ceria.Kunci kereta kamu ada dalam laci tu.”Abah menunjuk kearah Kabinet ruang tamu di sudut kiriku.
”Terima kasih abah,tapi biar lah Larra naik teksi sebab dah lama tak memandu rasa macam kurang mahir pulak”Aku menolak.
”kalau macam tu biar abah yang hantar Larra,abah rasa larra lebih selamat jika abah yang hantar.Lagipun Larra dah lama sangat tak keluar rumah.”Abah menawarkan diri.Aku hanya tersenyum dan menggangguk kepala tanda setuju.
******************************************************
Aku harap dengan menziarahi pusara arwah kamal aku akan jadi kebih tenang dan lebih meredai pemergiannya,serta akan tabah menjalani kehidupan yang penuh dugaan ini.”Kamal selamat la kau bersemadi di sana,aku doakan dirimu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman insyaallah…biar lah ku semadikan kisah dan kenangan cinta kita di dalam lubuk hatiku yang paling dalam yang tidak mungkin akan hilang walaupun ditelan masa”bisik hati kecil ku dikala kakiku melangkah meninggalkan pusara yang menempatkan kamal.
Sekarang aku dapat menerima bahawa Kamal telah selamat bersemadi di sana.Dia tidak mungkin kembali lagi walau aku terus menagis air mata darah sekalipun.Kini apa yang aku inginkan adalah meneruskan kehidupan walaupun tanpa Kamal.Aku tak mahu lagi membiarkan ibu dan abah sedih kerana aku.Sekarang aku ingin mereka gembira kerana anak mereka akan kembali menjadi Larra yang dulu,Larra yang tabah,yang penyayang,yang manja,dan ceria.
No comments:
Post a Comment