kawan-kawanku:)

My beloved heroes:)

Saturday, March 19, 2011

:: Aku rasa sempurna dengan kelahirannya::


Assalamualaikum...hai..:)

Kali ni aku nk luahkan rasa hati aku...rasa hati yg aku tak pernah luah sesuka hati aku....tapi di blog kesayangan aku ni aku nk luahkan segala2nya....
Aku nak citer pasal anak sulung aku yg bernama MUHAMMAD HARRIZ HAZIQ atau nama panggilannya FAHMI.....

FAHMI di lahirkan pada 07 oktober 2001...masa tu aku berusia 23 tahun....fahmi di lahirkan tidak cukup bulan...kerana pelbagai komplikasi aku terpaksa melahirkan fahmi awal dari tarikh dia sepatut di lahirkan dengan kaedah pembedahan... di lahirkan sebulan lebih awal maka pelbagai jugak komplikasi di hadapi oleh fahmi....
dia sangat lemah sewaktu di lahirkan...kerana kekurangan oksigen
dia terpaksa di tempatkan di unit rawatan rapi hospital tengku ampuan rahimah klang....
\aku pulak redha dengan segala yg di tetapkan untuk aku dan anak sulung ku itu....aku yg lemah selepas menjalani pembedahan menguatkan diri untuk merawat anak aku sendiri di ward bayi....
hari ke 3 baru lah aku betul2 kuat untuk pergi melihat anak ku itu...betapa tersentuhnya aku bila melihat anak sulung ku itu dalam keadaan yg sangat menyedihkan....berwayar sana sini.....
terdetik jugak di hati aku....adakan anak aku ni sempat membesar??
tapi aku kuatkan semangat..membelai dia hnya di luar inkubator....dengan keadaan aku tak dapat menyusu kan dia secara normal....memang la sangat menyedihkan....
doktor menyarankan aku pulang berehat di rumah memandangkan aku tak boleh nk merawat anak aku sendiri....atas nasihat semua dan suami tercinta aku balik kerumah tapi hati aku mmg tak tenang....memikirkan anak yg aku tinggalkan.....setiap hari aku berulang alik mejenguk anak di hospital dan akhirnya aku ambil keputusan untuk tinggal di ward...memandangkan anakku dah boleh di keluarkan dari inkubator pada hari ke 8....tapi dia kena di letak di bawah lampu kerana joundice yg terlalu tinggi bacaanya... hampir 400....aku cuak jugak...mujur lah dalam semalaman bacaan joundice dia turun....selama 2 minggu lebih aku berumah tangga di HTAR...akhirnya baby aku di benarkan balik....
betapa aku gembira...akhirnya anak aku di benarkan pulang selepas melepasi waktu kritikal nya...

Aku pulang kerumah membawa bayi ku dan di sambut oleh ibu & bapa mertua...tiba2 aku rasa terharu....
mereka tak sabar nk melihat bayi aku.....
segala hal penjagaan bayi aku di bantu oleh ibu mertua aku....
aku tak la rasa terbeban dengan situasi baru aku...
org paling happy dah tentu lah suami aku....siang malam dia tak jemu2 menatap wajah anak kami....
seekor nyamuk pun dia tak izinkan menyentuh tubuh anak kami....
tapi ternyata kesihatan anak tak berapa baik hanya 5 hari di rumah fahmi di masukkan ke ke hospital banting pulak sebab joundice dia berulang....
hampir 2 minggu aku tinggal di hospital......

Selepas itu fahmi sihat seperti kanak2 lain....
dia membesar dengan baik.....sehingga lah umur dia menjangkau 1 tahun 2 bulan...
dia boleh berjalan dan berlari...tapi sebagai ibu aku dapat merasa ada sesuatu yg tak kena dengan anak aku ni....aku tengok fahmi berlari,berlari dan berlari tnpa henti dan tanpa penat....
kemudian aku perhatikan matanya...dia tak boleh fokus apa apa2 jugak yg aku tunjukkan pada dia....sehinggalah berumur 2 tahun lebih aku membawa fahmi berjumpa pakar pediatrik kerana fahmi masih tak boleh bercakap walau hanya memanggil ibu atau ayah....
pakar pediatrik mengesahkan Fahmi adalah kanak2 istimewa....
Fahmi penghidap ADHD....(attantion defisit hyperactive disoder) selain tu kemungkinan fahmi adalah kanak2 atisme....pada mulanya aku mmg susah nak terima semua itu....
aku menangis sepuas2nya depan doktor tanpa rasa segan silu....
aku tak tahu mcmana aku nak atur kehidupan fahmi....
aku tak tahu mcmana fahmi nak hidup dengan kekurangan dirinya.......
sehinggalah aku bangkit sendiri....bangkit demi satu kehidupan anak yg aku sayangi.....
aku mula mencari bahan bacaan,tanya sana sini,minta pendapat dari pakar dan membawa fahmi ke pakar psykitry....

my beloved son n hubby:)




my dear fahmi

Mujur suami aku juga cukup kuat dan kasih sayang nya pada fahmi melebihi segala2nya...kami bertekat untuk menjaga fahmi seperti kanak2 lain....
pada umur fahmi 3 tahun setengah aku menghntar fahmi ke PDK(permulihan dalam komuniti) supaya fahmi boleh belajar berkawan,belajar menjalani kehidupan....alhamdulillah.....




fahmi

fahmi di PDK

sekarang fahmi berusia 10 tahun....
walaupun fahmi tidak pandai bertutur lancar atau boleh melakukan seperti apa kanak2 seusianya boleh buat tapi fahmi dah mampu berdiri di atas kakinya sendiri....
fahmi dah mampu ke tandas dan tahu menggaunakannya seperti org lain....
fahmi jugak dah mampu uruskan dirinya sendiri yg asas......tanpa bantuan org lain...
fahmi mampu makan dan minum seperti orang lain sendiri...
malah fahmi dah pandai membantu kerja2 rumah aku seperti memgangkat pakaian di ampaian,menyimpan pakaian di tempatnya dan mencuci pinggan mangkuk....
aku amat2 bersyukur walaupun fahmi sebegitu tapi dia sangat istimewa di mata aku dan suami....
walaupun kadangkala pergerakan kami terbatas tapi kami redha....kerana kami yakin.....jika allah tak turunkan hujan di ketika panas terik....kerana allah mahu berikan kami pelangi.....pelangi yg indah di dalam hidup kami...........
pelangi itu adalah kelahiran fahmi dan kehadiran aqil menyusul ketika fahmi berusia 7 tahun....
mereka berdua permata hati kami....

SESUNGGUHNYA KEHADIRAN MEREKA MELENGKAPKAN KEHIDUPAN KU SEBAGAI WANITA................


P/s:
aku menulis ini kerana aku ingin meluahkan rasa hati kerana ada insan2 yg masih tak faham dengan kehadiran insan seperti fahmi....semalam fahmi telah di cubit di pipi kiri oleh manusia yg tak reti bersyukur.....aku sebagai ibu sangat marah dan sedih kerana anak aku di perlakukan sedemikian....
sampai hari ini pipi fahmi masih membengkak...sampai menyukarkan dia nak makan...........
aku tak kan memaafkan org yg melakukan sedemikian...sesungguhnya allah akan  membalas perbuatan manusia seperti itu kelak....kerana menyakiti anak yg tidak berdosa mcm fahmi.......

5 comments:

Lea said...

sedihnye lps bce entry nih .. tp setan btopengkn manusia tu xmgkn taw isi hati mksu nih .. mksu byk2 bsabar yer .. sume dugaan msti hadir dgn kbhagiaan di hjungnyer .. lps nih jgn bg fami kua tnpe pngetahuan mksu .. nnt nth ape lg ksakitan yg fami bwk blik .. sabar ye mksu, kt sntiase ade kat sisi mksu ..

aeinmaen said...

Thanx long,dlm bnyk hal ko mmg sgt memahami mksu,mgkin bonding chemestry kita kuat...harini mmg mksu down sgt2..setiap kali t'pndg fami mksu nangis huhu

TrahAssan said...

Terharuu baca post ni :')

SEmoga dipermudahkan dan dipanjangkan umur . InsyaAllah Tuhan akan bantu org yg berhati mulia mcm ni :')

aeinmaen said...

Alhamdulillah kerana sudi singgah di p0st ni..sem0ga keikhlasan di bls kebahagiaan melimpah ruah..amin

zahniza said...

ain, aku baca entry ni..aku terharu sedih aku...aku doakan semoga kehidupan ko sekeluarga semakin bahagia...bsyukur atas kurniaan Ilahi....aku suka ayat ko yang mgenai pelangi tu ...ko ibu yg hebat ain..

semakin hari semakin cinta:)

Daisypath Anniversary tickers