kawan-kawanku:)

My beloved heroes:)

Monday, November 15, 2010

novel


EPISOD CINTA KAMAL
BAB 3

Kak Long sibuk melayan anaknya  Zaquan yang memang nakal.Maklum lah kanak-kanak yang baru nak membesar,memang agak nakal.Zaquan itulah anak buahku satu –satunya.Kak long di sahkan tidak boleh hamil lagi kerana telah menjalani pembedahan mengeluarkan rahim akibat  barah pangkal rahim yang  agak serius.Mujur ada jugak Zaquan pengubat perasaannya.Itu saja lah buah hati kak long kerana semenjak kak long sakit Abang Midi suami kak long telah berubah.Dia mula mencari keseronokan di luar.Sudah pandai menjalinkan hubungan dengan wanita lain yang lebih muda dari kak long yang usianya hampir saja sebaya dengan ku.Akhirnya telah menikah dengan wanita itu.Walaupun Tanggung jawab terhadap kak long dan Zaquan tidak pernah terabai,tetapi cukup menguris hati wanita kak long.Akhirnya kak long dapat jugak menerima kehadiran isteri baru abang midi.Semenjak itu jugak setiap kali abang midi bergiliran di rumah isteri mudanya kak long akan balik kerumah ibu,bosan katanya.Sebab itu jugak aku masih belum berteman istimewa.Aku fobia dengan apa yang berlaku pada kak long.
“Larra,kenapa termenung ni?teringat jejaka malam tadi ke?”Tiba-tiba lamunan ku terhenti bila kak long menegur ku.Aku agak terpinga-pinga dengan kata-kata kak long tadi.Apa maksud kak long jejaka malam tadi?Adakah kaklong maksudkan Kamal?
“Apa lah kaklong ni,orang tengah makan la,bila pulak mengelamun”Aku cuba berselindung.
“Makan ke,atau kira berapa helai mee kat dalam pinggan tu,dari tadi kaklong tengok Larra bukan makan tapi mengelamun.Kak Long nak Tanya ni Larra dengan kawan angah yang datang malam tadi tu ada apa-apa ke?Kak long tengok semacam je?”Kak long mula nak mengorek rahsia sambil tersenyum simpul.
“Mana ada,kak long ni pandai-pandai je tau.Buat malu je kalau ibu dengan abah dengar.Orang jumpa dia tak sengaja masa jogging semalam,lepas tu tak sangka pulak dia kawan angah.”Aku terangkan pada kaklong supaya kaklong tak syak yang bukan-bukan.
“Kalau tak ada apa-apa kenapa nak malu pulak?muka tu merah kenapa?Orang kata kalau malu tandanya ada perasaan”Usik kak long.Betul ke muka aku merah?malunya dengan kaklong mesti kaklong dapat membaca isi hati aku.Tak sangka malam tadi angah datang jugak makan malam di rumah.Dia bawa kamal bersama.Entah kenapa pertemuan kali ketiga ini memberikan impak yang mendalam  pada aku.di tambah pula dengan renungan kamal pada aku ketika dimeja makan.Aku rasakan hatiku seakan berbunga-bunga dengan tenungan kamal itu.Adakah aku sudah jatuh cinta?Ah mungkin kamal saja merenung aku sebab hanya aku saja gadis sunti dalam rumah ku itu.Lagi pun aku kan adik angah..
“Ha menung lagi”Sergah kaklong.Kali ini jantung ku rasa bagai nak gugur benar-benar terkejut.Memang aku sedang mengelamun mengingatkan pemuda bernama Kamal Iskandar yang seolah-olah telah meruntun jiwa remaja ku.
“cepat makan adik ku sayang,mak ton nak kemas tu.Lagi satu abah mintak Larra ke Pejabat hari ni jugak,abah kata larra da lama berehat dah sampai masa Larra berkerja sama dengan angah membantu abah di pejabat”kak long memberikan arahan.Disebabkan aku ini anak manja abah rasa malas nak berkerja.Tapi kalau bukan kami adik beradik menolong abah dalam perniagaan siapa lagi nak di haarapkan.
“Ya la Puan Liyana Isma..saya menurut perintah..Tapi  bukan hari ini,Hari ni Larra malas la kaklong.Hari ini Larra nak pergi shopping nak cari pakaian yang sesuai untuk ke pejabat.Tak apa nanti biar Larra sendiri yang beritahu abah ya”Aku memang bercadang nak pergi membeli belah.Lagipun Hari ini aku tak sedia lagi nak mulakan kerja.
“Ok,pergi shopping dengan siapa?Kamal?”Kak long mula mengusik aku lagi.
“Apa lah kaklong ni,Larra pergi sendiri aje la,nak ikut ke?”Aku mempelawa kaklong biar kukuh alasan aku jangan kak long curiga lagi.
“Em tak dapat kot,Jam 10 pagi nanti kaklong nak hantar Zaquan ke kelas piano.”Kaklong menolak.Zaquan memang gemar bermain piano,walaupun baru berusia 5 tahun,tapi sudah mahir bermain piano dengan baik..
“Ok kalau macam tu tak apa lah kaklong,Larra nak bersiap  dulu.Hai sayang, Iquan nak apa sayang nanti maksu belikan ya.”Aku menghadiahkan ciuman untuk anak buah kesayangan ku itu.
“iquan nak Transformers boleh tak maksu?”Zaquan bertanya kapada ku.Aku tidak jadi bangun sebab Zaquan dah melabuhkan punggung di peha aku.Aku terlalu sayangkan Zaquan sebab tu aku selalu melayan apa saja kehendak Zaquan.
“Boleh sayang nanti maksu beli tapi dengan syarat iquan kena  baca surah Al-Fatihah dari mula sampai habis,kalau tak ada salah nanti maksu janji akan beli mainan tu”Aku ingin menguji  anak buahku itu.Zaquan memang bijak.Dari umur empat tahun dia  telah di ajar mengaji.Dia pulak terang hati,senang di ajar dan mudah belajar.
Zaquan beria membaca surah Al-fatihah dengan jelas sekali.Memang anak buah ku ini pintar dan bijak.
“Dah maksu boleh tak belikan mainan untuk  Iquan?”Dia bertanya setelah selesai membaca surah itu.Aku tersenyum dan aku hadiahkan ciuman di kiri dan kanan pipi lembut itu.
“boleh sayang,disebabkan Iquan ni bijak, maksu akan beri apa je yang sayang  nak ya,Ok sekarang maksu nak naik bersiap dulu nanti petang kita jumpa ya sayang.”Aku berkata sambil memeluk tubuh kecil itu.Zaquan hanya tersenyum dan mengaggukkan kepala,lalu dia bangun sambung bermain lagi.Aku naik keatas untuk bersiap.Terdengar telifon bimbit ku berbunyi ,aku mencapai ku lihat nombor yang terpapar di skrin tetapi tiada dalam senarai yang aku simpan.Aku mengambil keputusan untuk abaikan saja lalu ku tekan butang senyap.Aku menuju almari baju ku,ku selak sehelai demi sehelai pakaian ku,akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengenakan kemeja Polo berwarna biru laut dan seluar jeans Levi’s yang belum pernah ku pakai semenjak aku membelinya bulan lepas.Aku menyisir rambutku dan mengikat dengan gaya yang begitu ringkas.Ku sapu bedak debu dengan nipis dan ku calit gincu bibir yang agak neutral sahaja.Setelah semuanya siap semburan minyak wangi jenama Dior yang menjadi kegemaranku dari dahulu tak mungkin aku lupa.Aku mencapai tas tangan dan talifon bimbit lalu ku masukkan ke dalam beg.Tiba-tiba ia berbunyi lagi.Ku ambil lalu ku lihat di skrin tiada nama terpapar.Aku mengambil keputusan untuk menjawab mana lah tahu itu panggilan kecemasan.
“Hello,siapa di sana?”Aku memulakan bicara.
“Hello ni cik Larra ya?”suara itu mengambarkan seorang lelaki.Tapi rasanya macam pernah ku dengar suara itu,tapi di mana ya.
“Ya saya Larra tapi siapa yang bercakap di sana?”Aku menyoal dengan nada yang  agak keliru.
“Larra dah tak ingat pada saya??baru sehari jumpa dah lupa ya?”Soal lelaki itu cuba menguji aku.Aku jadi tak menentu.Aku sepertinya dapat meneka siapa milik siapa suara itu,tetapi aku hanya malu untuk menyebutnya.
“Masih tak ingat”Suara itu seperti mendesak  aku.
“Kamal??”Akhirnya aku mengalah.Aku hanya mahu meringkaskan segala teka teki ini.
“Ha ingat pun,ke memang sentiasa teringat??”Kamal mengusik aku.Tiba-tiba aku rasakan muka ku panas walaupun pun bukan di hadapan mata tapi aku malu di usik begitu.
“Ish perasan tau siapa nak ingat kat awak  tu..”Aku membalas sambil tersenyum sendiri.
“Tak apa lah orang yang macam saya ni memang tak ada siapa nak ingat,lagi-lagi orang secantik Larra mana lah sudi nak ingat saya yang tak ada apa –apa erti pun.”Tiba-tiba suara kamal beremosi .Aku merasa bersalah berkata begitu tadi.
“Eh Kamal maaf ya kalau awak terasa hati,saya tak bermaksud sepertimana yang awak cakapkan tadi,Tapi ada apa awak talifon saya hari ni?”Aku  seperti memujuk perasaannya.
“Saja je saya nak dengar suara Larra tak boleh ke?Em sebenarnya kalau tak keberatan saya nak pelawa awak keluar dengan saya hari ni boleh??”Kamal memberitahu hajat hatinya.Aku terkedu dan tidak tahu apakah jawapan yang aku harus berikan.Dari sudut hati kecilku aku sangat gembira dengan pelawaan kamal.Tapi aku tak pasti apakah aku harus keluar bersamanya.Nanti apa pulak kata abang ngah,aku mengatal pada kawan dia pulak.Kalau kaklong tahu pasti dia akan mengiakan apa yang dia cakap pada aku tadi.Paling aku malu kalau ibu dan abah tahu aku keluar dengan kamal,apa pulak kata mereka almaklum sebelum ini aku tidak pernah ada teman lelaki.
“Larra,macamana sudi ke untuk keluar dengan saya?”Soal kamal lagi bila di tidak mendapat jawapan dari aku.
“Sebenarnya saya memang nak keluar nak pergi beli barang sikit.Kalau nak jumpa saya datang lah ke Plaza Mahkota saya ada di sana.Apa-apa hal nanti talifon lah semula ya”Hanya itu saja jawapan yang boleh aku berikan.
“Ok lah kalau begitu nanti saya ke sana nanti kita jumpa di sana ya.”Kamal agak gembira mendengar jawapan dariku.Akhirnya kami menamatkan perbualan di situ.aku bergegas turun ,ku capai kunci kereta,rumah agak sunyi semua sudah keluar.Yang ada Cuma mak ton yang mungkin ada di dapur.Ibu  biasanya petang baru ada di rumah,agak sibuk memegang jawatan Pengetua sekolah bukan tugas yang ringan.Mesyuarat sana sini.Ibu nak berkhidmat sebaiknya sebelum bersara.


       Agak banyak juga barang yang aku beli hari ini.Hampir dua jam aku berjalan pusing-pusing di pasaraya itu.Kaki ku jugak sudah agak lenguh kerana terlalu lama berjalan.Aku mengambil keputusan  untuk berehat seketika di restoran makanan segera kegemaran ku.Ku lihat jam di tangan ku hampir jam 2.30 petang,Sebenarnya aku sepertinya tertunggu-tunggu sesuatu,tapi aku tak pasti mengapa dia tidak menghubungi aku semula seperti yang telah di janjikan.Tiba-tiba aku terdengar pengumuman di intercom.
“Kepada Cik Larra nur Isya anda di minta ke tingkat  2 dan masuk ke restoran Seri Padang ada seseorang menanti anda di sana.”Berulang-ulang aku mendengar pengumuman itu.Langkah ku terhenti untuk masuk ke restoran makanan segera itu.aku yakin nama yang di sebut itu adalah aku.Tapi siapa yang ingin berjumpa dengan aku sampai mengumumkan di intercom?Tiba –tiba aku merasa badan ku seram sejuk.Terasa seperti artis bila nama di umum di khalayak ramai begitu.
Aku menuju ke eskeletor dan menuju ke tingkat dua.Mata ku mencari restoran yang di sebutkan tadi.Akhirnya aku berjumpa juga dengan apa yang aku cari.Tiba di pintu masuk aku lihat restoran itu agak sunyi.Penyambut tetamu menyambut aku tapi dengan cera yang agak pelik.Di menanya nama ku,setelah ku beritahu baru lah aku di benarkan masuk.Segalanya memang pelik.Hanya aku seorang yang ada disitu.Aku di layan oleh beberapa orang pelayan restoran dengan baik sekali.Aku di minta duduk di sebuah meja yang telah di tetapkan.Bertambah lagi persoalan yang berlegar di benak hatiku,siapakah orang yang meminta aku ke situ?Aku lansung tak Nampak kelibat sesiapa pun melainkan hanya aku dan para pelayan restoran yang hanya bertumpu pada ku.
“ Cik boleh saya Tanya sikit,siapa kah orang yang nak berjumpa dengan saya?Dari tadi saya lansung tak Nampak sesiapa pun melainkan hanya saya disini?”Akhirnya aku meluahkan persoalan yang bersarang dihatiku.
“ Cik Larra tunggu sebentar  ya,mungkin sekejap je lagi dia akan sampai,Cik Larra ada nak pesan apa-apa makanan?”Jawab salah seorang  pelayan yang ada di situ.Sambil tersenyum manis pelayan itu menghulurkan menu kepada ku.
“Tak apa nanti dulu ya saya nak tunggu orang yang nak jumpa saya tu dulu.Tapi tolong bawakan saya Jus belimbing sahaja.Terima kasih”Pinta ku  sambil menghulurkan menu kepada gadis pelayan itu semula.Aku belum ada mood nak melihat menu yang terhidang di restoran makanan padang itu.Aku pun belum pernah makanan makanan padang jadi aku kurang arif tentang apa yang istimewa untuk aku cuba.Gadis itu hanya tersenyum  lalu berlalu pergi.Tiba-tiba Kamal muncul di kotak fikiran ku.mengapa Kamal tidak menghubungi aku.Kenapa Kamal mungkir janji?Ah biar lah siapa Kamal dalam hidup aku sampai aku nak beria-ia memikirkan dia?Aku cuba memujuk hati dan perasaan ku yang resah.
“Cik jemput minum”Lamunan ku terhenti bila seorang pelayan menghantar pesanan ku tadi.Tanpa melihat pelayan itu aku terus menyedut jus belimbing yang menjadi kegemaran ku.Amat nyaman sekali bila tekak yang dahaga di sirami air yang sejuk begitu.Baru aku sedari pelayan tadi masih ada di sebelah ku.
Sambil mendongak aku berkata”Kenapa awak………….”Ayatku terhenti di situ.Alangkah terkejutnya aku bila melihat lelaki yang ku sangkakan pelayan itu .Lelaki itu hanya tersenyum melihat aku yang sedang terkejut.
“Kamal kejutan apa yang awak buat untuk saya ni?”Aku benar-benar terkejut.Rupanya Kamal lah orang yang ingin berjumpa dengan ku.
“Kenapa Larra tak percaya ke ini saya?Kalau Larra nak tahu saya memang dah atur untuk buat begini kebetulan Larra memang nak kemari memang bagus lah untuk kejutan saya ni.”Kamal menerangkan dengan senyuman yang sangat meruntun jiwaku.
“Kenapa nak beri kejutan pada saya?”Aku cuba menguji Kamal.Aku hanya ingin tahu apa jawapan Kamal.
“Sebab dari pertama kali kita berjumpa,saya dapat rasakan Larra sangat istimewa.Larra cantik,Larra berbudi bahasa,Larra cerdik,Larra ada segala-galanyanya.Itu semua di kuatkan lagi bila kita terus berjumpa dengan tidak di sengajakan dirumah Sham.Kamal dapat rasakan tuhan memang dah tulis semua tu untuk kita.Apa yang Kamal nak Larra tahu Kamal suka dan kemungkinan dah jatuh cinta pandang pertama.”Kamal meluahkan panjang lebar berserta tenungan yang telah menembusi hatiku.Aku jadi tidak keruan.Aku jadi malu tapi di masa yang sama aku tak tahu apa perasaan aku ketika itu.
“Larra kenapa diam?Larra tak suka ke dengan apa yg Kamal katakana tadi?”Nada suara Kamal agak bimbang.Dia merenung ku meminta jawapan.
“Kamal, Larra pun nak kamal tahu sebelum ini belum ada lelaki yang dapat mengetuk pintu hati ini,jadi larra tak tahu apa yang larra rasa sekarang……….tapi………. semenjak kita bertemu,larra  seperti membenarkan Kamal  Mengetuk pintu hati ini.Larra tak nafikan semenjak pertemuan kita telah memberikan impak pada diri Larra...”Aku  meluahkan segala di dalam hatiku.aku juga sudah tak mahu menyimpannya.Kamal tersenyum senang mendengar pengakuan ku.
“Ok mulai hari ini kita sama-sama menyelami hati masing-masing.Kamal mahu kita kenal satu sama lain dengan mendalam.Supaya tiada yang akan menyesal di kemudian hari,boleh Larra?”Tanya kamal dengan nada yang romantik.
“Sebagai tanda perkenalan kita, Kamal nak hadiahkan Larra sesuatu.Boleh tutup mata?”Pinta kamal padaku.Aku hanya menurut sahaja kemahuan Kamal.Tidak di sangka pertemuan yang sesingkat itu telah menemukan aku dengan jejaka pujaan hati ku.
“Ok sekarang boleh buka mata”Kamal meminta aku melihat apa yang ingin di hadiahkan pada ku.alangkah terkejutnya aku seutas rantai tangan emas putih yang terukir nama ku di letakkan di atas sekotak coklat yang berbentuk hati serta terselit sekuntum bunga ros merah yang amat romantik.Aku tak menyangka Kamal begitu romantik.
Wow it so romantic “Aku tidak dapat menahan hatiku.Aku merenung Kamal dengan penuh bermakna.Kamal membalas tenungan ku dan kami sama-sama diam sejenak.Hanya mata yang berkata-kata.Aku dapat  merasai kebahagiaan itu.aku harap kamal jugak begitu.Kamal bangun menuju kesebelah ku.Di ambil rantai tangan itu lalu di pakaikan di tangan ku.Aku hanya merelakan.
“Kamal nak setiap kali Larra lihat rantai tangan ni,Larra akan ingat kamal.Kamal ingin dengar setiap detak nadi Larra”Bicara romantis  kamal itu membuat aku jadi beku.Aku hanya merenung sepasang mata Kamal yang redup itu.Nyata ada ketenangan di situ.kedamaian yang aku cari ada di wajahnya….sepasang mata yg redup dan menceritakan seluruh isi hati nya……aku merasa bahagia….
“Kamal macamana Kamal boleh buat kejutan untuk Larra di sini?”Aku  berbalik pada persoalan yang bermain dalam fikiran ku awal-awal tadi.
“Tu lah kenapa tak nak tegok menu tadi,kalau tengok menu tentu Larra dah dapat jawapan pada soalan Larra ni.Ok biar Kamal beritahu sebenarnya retoran ni restoran milik kamal.Restoran ni restoran cawangan yang ke 5.Di Kuala lumpur ada 3 cawangan,di Johor Baharu 1 cawangan dan ini cawangan terbaru kami baru 4 bulan di buka.Larra nak cuba makanan di sini?”Kamal menerangkan lagi.Baru ku tahu urusan yang abang ngah maksudkan tu rupanya restoran ni la.Tak sangka di umur sebaya abang ngah dia sudah ada perniagaan sendiri.Aku benar-benar terpana seketika.
“Emm apa makanan yang istimewa disini?Larra tak tahu sangat selera padang ni”Aku bertanya sambil membelek-belek menu yang baru sahaja dihulurkan padaku.
“OK kalau mcm tu biar kamal yang pilihkan untuk Larra ok.”Kamal memberitahu ku.Kemudian dia bangun menuju ke pelayan-pelayan restoran sambil memberitahu sesuatu mungkin menu makanan yang telah dipilih teka ku.Kemudian pelayan itu mengangguk-anggukkan kepala tanda memahami arahan bos mereka.Kemudian Kamal kembali kemeja ku.Sambil tersenyum dia duduk bersebelahan ku.
“kamal, Larra masih tak dapat percaya dengan apa yang berlaku hari ini,rasanya semua berlaku dengan terlalu pantas”Luahku sambil merenung sepasang mata kamal yang telah Berjaya mengetuk pintu hatiku hanya di kali pertama pertemuan kami.
“Larra,Kamal bertindak cepat sebab Mal tak mahu  Larra yang cantik ni akan terlepas ketangan orang lain.Mal tak sanggup kehilangan sebelum mencuba.Mal bersyukur Percubaan Mal ini tak sia-sia kerana mal tak bertepuk sebelah tangan,Terima kasih ya Larra…kamal sudah merasa sayangkan larra di pertama kali kita bertemu”Kamal dengan beraninya berterus terang dan  perkataan sayang di sebut dalam keadaan yang separuh berbisik.Sayang??aku jadi kelu,Kamal begitu berani menerokai hatiku,Dia berterus terang, sungguh berani pemuda ini.Tapi semua itu tidak lagi penting kerana aku hanya dapat merasa kehangatan cinta kamal dan aku bahagia…Ini lah kali pertama aku dapat merasa kehangatan cinta seorang lelaki.Kamal adalah cinta pertamaku dan aku berharap ia akan menjadi cinta terakhirku juga…
Setengah hari itu aku menghabiskan masa bersama kamal di retoran miliknya..kami berbual…berbicara dari hati kehati…mengenali hati masing-masing….hari itu adalah hari yg sangat bersejarah bagi ku…aku telah mempunyai  teman….ya..teman tapi mesra…ahhh…bahagianya…..



No comments:

semakin hari semakin cinta:)

Daisypath Anniversary tickers