kawan-kawanku:)

My beloved heroes:)

Monday, November 15, 2010

novel


CINTA BERSEMI
BAB 4

Aku tergesa-gesa kerana hari ini hari yang paling sibuk bagiku.Jadual kerjaku amat padat.Hari ini jugak aku telah di amanahkan oleh abang ngah untuk mengantikan tempatnya untuk temujanji penting syarikat kami.Sudah berkali-kali abang ngah menghubungiku  untuk mengingatkan aku pada temujanji  itu.Aku  amat berharap pertemuan ku bersama pelanggan itu akan membuahkan hasil yang mengembirakan.Aku tak mahu mengecewakan abang ngah dan juga abah.Ini adalah kali pertama aku di arah untuk berurusan yang melibatkan tender yang agak besar.
“Larra,abah harap Larra bijak dalam urusniaga kali ini dan abah amat yakin Larra tak akan kecewakan abah”Abah menegurku sebelum aku keluar dari pejabat.Aku hanya tersenyum memberikan keyakinan pada abah.Aku mahu abah tahu bukan hanya abang ngah yang mampu menguruskan perniagaan abah.Aku juga boleh.abah harus yakin kepada ku ….
“Abah jangan risau ya,abah doakan je Larra Berjaya.Doa abah akan mengiringi Larra insyaallah”Aku menjawab sambil memberi keyakinan untuk abah.
“Ok kalau begitu pergi sekarang abah tak mahu pelanggan menunggu kita,biar kita yang menunggu pelanggan.Masa memainkan peranan penting.Abah akan doakan Larra,jangan lupa kita jumpa di rumah makan malam nanti.”Abah benar-benar memberikan semangat padaku.Aku keluar ke tempat parkir mencari pemandu syarikat kerana aku begitu malas untuk memandu dalam waktu kemuncak begini kerana biasanya jalan semua sesak.Isman telah menunggu ku.Kami segera keluar untuk menuju ke restoran Seri Padang milik Kamal.Di situ lah temujanji yang telah di atur.Walaupun sekarang Kamal tiada di sisi aku,cukup lah aku mengubat rindu dengan melihat apa sahaja milik Kamal.Kamal berjanji akan datang menemui aku pada hujung minggu ini.terasa begitu lama menanti kedatangan insan yang  tersayang.
Apa yang perlu sekarang tanggung jawab ku mesti di dahulukan.Supaya  ketika Kamal berada di sini aku tidak lagi sibuk menguruskan kerja-kerjaku,dapatlah aku meluangkan banyak masa bersama Kamal.Sudah dua minggu kami hanya melepaskan rindu di telifon dan sembang di hubungan tanpa sempadan…jalur lebar.Kamal sibuk menguruskan perniagaannya di Kuala Lumpur.Sebagai kekasih aku kena lah memahami karier Kamal yang tidak menetap di satu tempat dalam tempoh masa yang lama.
Begitu asyik aku mengelamun,sehingga tidak sedar yang kami telah sampai di tempat yang di tuju.Mujur Isman mengejutkan aku dari lamunan ku.Aku membawa semua dokumen yang penting yang telah aku siapkan dari awal lagi.Aku mengemaskan pakaianku supaya pelanggan ku lebih yakin dengan urusniaga ini.Aku melangkah yakin menuju ke Restoran  Seri Padang yang ada di tingkat dua di Plaza Mahkota ini.Aku menarik nafas panjang ketika melangkah masuk ke restoran tersebut.
Aku melihat meja yang telah aku tempah lebih awal untuk memudahkan segala urusan ku.Di situ kelihatan seorang pemuda yang begitu segak.Aku yakin dialah wakil dari syarikat yang akan berurusan dengan syarikat ku.Aku segera menghampiri meja itu tersebut kerana aku sedari aku telah membuat pelanggan menunggu.Aku hampiri pemuda itu lalu menegurnya
“Assalamualaikum,Saudara ni dari agen Samudera ke?”Aku menyapa,pemuda itu menoleh kearahku.Dia terdiam seketika.Aku tidak pasti mengapa wajahnya agak terkejut.Aku cuba mengawal keadaan dengan memberikan senyuman kepadanya.
“Owh maaf,Cik ni Cik Larra Nur Isya ke?Em Cik memang cantik seindah nama Cik”Pemuda itu bersuara sambil memuji-mujiku.Entah kenapa aku amat tidak selesa dengan keadaan itu.
“Cik Larra jangan bimbang saya Cuma cakap seikhlas hati saya,Cik Larra memang cantik apa pun saya Rauzan Syah agen dari Samudera”Pemuda itu seolah-olah dapat merasai ketidak selesaanku.dia menghulurkan tangan untuk bersalam.Aku menyambut dengan rasa hormat.Kami terus kepada agenda kami.Satu jam kami berbincang dan segalanya berjalan dengan lancar.Rauzan begitu bijak di dalam urusniaga ini.Aku agak gembira dapat berkerja bersama orang yang komited seperti  Rauzan.Segalanya telah selesai dan kata putus telah di buat.Tender dari Samudera kini telah menjadi milik Syarikat Abah.Aku tak sabar nak sampaikan berita gembira itu.Tapi aku mengambil keputusan  untuk memberitahu ketika makan malam nanti.Biar akan menjadi kejutan pada semua orang.Malam ini Kaklong juga akan makan malam bersama di rumah.Menurut kata Kak Long abang Midi pergi berkerja di luar kawasan.
“Cik Larra dah Berjaya dapat tender pun masih nak termenung ke?”Rauzan mengejutkan aku dari lamunan.Makanan pun telah sampai kami menjamu selera sebelum kami membawa haluan masing-masing.Rauzan agak peramah ada sahaja cerita yang nak di ceritakan.Aku hanya menjadi pendengar sahaja.Fikiran ku hanya terawang-awangan memikirkan Kamal.Segala yang ada di situ mengingatkan aku pada Kamal dan kenangan manis saat bermulanya percintaan kami.Rauzan tidak letih-letih bercerita sehingga ada juga cerita tentang diri aku yang cuba di korek olehnya  tetapi aku hanya abaikan soalan itu jika aku rasakan ianya tidak penting dan terlalu peribadi.Apabila semua selesai kami meminta diri membawa haluan masing-masing.Aku bercadang untuk pulang ke pejabat sebentar untuk mengambil keretaku dan terus pulang kerumah.Badanku terasa letih sekali sudah tak sabar rasanya untuk bergolek-golek di katil ku melayan perasaan.Isman menantiku di parkir dan kami beredar menuju ke pejabat.



“Larra, baru balik?nampak letih muka tu pergi naik berehat ya,nanti dah waktu makan Kaklong panggil.”Kaklong menyapa aku ketika aku melangkah masuk.
“Eh Kaklong bila akak sampai?Haah la Kaklong, Larra letih sangat hari ni banyak sangat kerja”Aku berkata sambil bersalaman dengan Kaklong ku.Mata ku mencari-cari kelibat seseorang.
“Kaklong Zaquan mana?”Rindu rasanya bila tidak Nampak anak buahku itu.Biarpun hampir setiap minggu bertemu.
“Em  dia ikut ibu dan abah keluar,Kaklong pun tak tahu pergi mana diorang tak cakap pulak”Kaklong menerangkan padaku.Nampaknya tak dapatlah aku bermain dengan Zaquan sebelum pergi berehat.
“Tak pe lah kaklong Larra naik dulu la ya nak mandi dan rehat sekejap.”Aku meminta diri dari kaklong.Kaklong hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.Aku melangkah menuju ketangga.Aku lihat di atas almari hias ada satu bungkusan yang tertera  nama aku.Nampak seperti bungkusan pos.Aku berhenti disitu.Ku belek-belek bungkusan itu ternyata memang ditujukan untuk aku.

“Alah kaklong lupa lah nak beritahu,tadi ibu cakap bungkusan tu sampai tengahari tadi dari siapa lagi kalau bukan Kamal”Kaklong memberitahu sebelum sempat aku bertanya sambil mengusik ku.Aku tersenyum lalu membawa bungkusan tersebut naik.Hati ku gembira dan tidak sabar untuk membuka bungkusan itu.Apalah yang kamal hantarkan padaku..Aku letakkan bungkusan itu.Aku mengambil keputusan untuk membersihkan diri dan solat terlebih dahulu.Tiba-tiba talifon bimbitku berbunyi.Jelas kedengaran Lagu dealova nyanyian Once .Aku tahu siapa pemangilnya walau tanpa melihat nya.
“Hello tuan puteri, buat apa tu”Kamal bersuara bila aku menekan butang jawab.Memang itu lah ayat yang akan Kamal cakap dahulu setiap kali di menelifonku.Aku hanya tersenyum bahagia sangat.
“Hai my prince charming,” aku menjawab sambil tersenyum
“Larra baru je balik kerja baru je masuk bilik.Hari ni ada orang hantar bungkusan untuk kita tau.”Aku berkata manja sambil berseloroh.
“Siapa lah yang hantar bungkusan untuk buahati Mal ni ya”Kamal berpura-pura curiga.
“Entah lah siapa entah Larra tak tau lah malas la nak bukak,Kalau tak penting nak buang je lah”Aku tersenyum gembira dapat mengusik Kamal.
“Eh jangan lah dear,sekurang-kurangnya bukak dan tengok lah dulu apa yang Mal kirimkan tu,sampai hati nak buang,Mal beli khas untuk larra tau.”Kamal begitu panik bila aku mengatakan akan membuang bungkusan tersebut.
“Jangan lah risau dear,mana mungkin Larra nak buang hadiah istimewa dari buah hati Larra ni”Aku cuba menenangkan perasaan Kamal.
“Larra ni suka menyakat Mal tau.Em sebenarnya Mal nak beritahu Larra yang  Mal tak dapat  jumpa Larra hujung minggu ni,ada urusan penting la dear”Kata-kata Kamal itu membuatkan jantungku berhenti berdegup seketika.Luluh rasanya ,kerana hati aku rasa tak tertanggung merindui Kamal.
“Larra kenapa diam ni,marah ye?Kita masih boleh calling2 atau chat kan?”Kamal cuba memujuk aku,tapi ternyata aku amat sedih bila mendengar kata-kata kamal.Aku rasa sedikit kecewa dan terkilan,terasa seperti Kamal seolah-olah mementingkan kerja lebih dari diri ku.
“Sayang jangan lah macam ni Mal benar-benar tak sengaja nak buat Larra sedih dan kecewa tapi Kamal benar-benar ada kerja yang tak dapat nak elakkan,harap sayang faham ya”Kamal berusaha memujuk aku bila aku terus membisu.Begitulah sikap aku setiap kali hatiku tersentuh,dan Kamal tidak pernah jemu memujukku.
“Tak apa lah Mal Larra faham,Mal kan sibuk mungkin lain kali kalau Mal tak sibuk kita boleh jugak jumpa”Aku mengalah dalam nada yang masih merajuk.
“Ha ini lah sikap sayang yang Mal paling suka,semenjak lebih setengah tahun hubungan kita Larra memang memahami Mal,Terima kasih ya sayang tu yang buat Mal tambah sayang sangat kat Larra.”Kamal menarik nafas agak lega walaupun dia menyedari aku masih lagi merajuk dia tetap cuba menawan perasaan ku yang memang  telah lama dia tawan.Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Kamal sedikit demi sedikit rajuk ku hampir lenyap.Aku sedaya upaya cuba memahami dan menerima kerjaya kamal sebagai usahawan muda.
“Betul ke tambah sayang?jangan-jangan duduk jauh dari Larra melambak pasang makwe tak?”Aku sengaja menguji Kamal,saja nak buat dia marah.
“Sayang dah berapa kali Mal cakap,walaupun kita jauh Mal setia dengan Larra tau.Tak terlintas sedikit pun di hati Mal nak mendua atau men ‘tiga’ kan sayang,percaya lah.Semenjak kita rasmi menjadi pasangan kekasih Mal dah tanamkan di hati Mal hanya ada LARRA NUR ISYA.Segala yang Mal lakukan semua demi Larra insyallah jika allah perkenankan jodoh kita,segala yang Mal ada hanya untuk Larra.”Beria-ia Kamal menerangkan pada ku.Aku memang gemar menguji kamal begitu,hanya ingin tahu sekuat mana cinta kamal padaku.
“Ok lah,kalau begitu mana buktinya?”Aku menguji lagi.
“sekarang mal belum dapat nak membuktikan apa-apa tapi insyaallah kalau allah  panjangkan umur Mal dan umur kita Mal akan memberikan bukti yang besar untuk sayang apa yang Mal harapkan sayang sabar menanti Mal Boleh?”Kata-kata kamal menyebabkan hatiku sayu.Aku telah tahu ketulusan hati kamal menyintai aku tapi aku masih lagi ingin menguji cintanya.Kadang kala aku terasa diriku begitu tidak patut.
“Mal maafkan Larra ya,sebenarnya Larra memang tahu cinta Mal pada larra begitu tulus utuh,tapi larra masih lagi bersikap  sangsi pada Mal,”Aku meluahkan rasa bersalah ku pada Kamal.
“Tak mengapalah Larra,cemburu dan sangsi mengambarkan cinta Larra pada Mal.Mal tak kisah kalau berpuluh kali Larra suruh Mal luahkan isi hati ini Mal sanggup asalkan Larra jangan tinggalkan Mal.”Kamal cuba menenangkan perasaanku.
“Mal tak mungkin Larra akan tinggalkan Mal,seluruh hati dan jiwa Larra sudah menjadi milik Mal,tak mungkin ada lelaki lain dapat menawan hati ini.”Aku cuba memberikan keyakinan pada Kamal.Kamal adalah lelaki yang pertama dapat menawan hatiku,aku juga berharap dia akan menjadi cinta yang terakhir ku.
“Terima Kasih sayang kerana Larra sudi menerima Mal dalam hidup Larra.Kehadiran Larra dalam hidup Mal benar-benar memberi  erti yang mendalam.”Kamal terus membuai perasaanku.tanpa ku sedari hari telah hampir magrib.Aku masih belum solat asar.
Dear  boleh kita sambung malam nanti tak?Larra belum solat asar lah,nanti kita sambung lagi ya”Aku meminta diri untuk menghentikan perbualan kami.
“Ok lah sayang malam nanti kita sambung ya.tak pun kita chat boleh?”
“Ok malam nanti Larra online,tapi lewat sikit sebab malam ni ada makan malam keluarga,tunggu tau,”Aku memberitahunya tentang makan malam keluarga ku malam itu.
“Mesti lah Mal tunggu,makan sedap-sedap nanti jangan lupa Mal ya sayang bye assalamualaikum..”Kamal menutup perbualan.
“waalaikumsalam”Aku menekan butang tamat panggilan.Tergesa-gesa aku mencapai tuala mandi dan masuk ke bilik mandi,bimbang tidak sempat menunaikan solat asar yang dah di penghujung.


“Adik bang ngah tengok adik macam tak ceria je masa makan tadi,kan ke adik dah Berjaya mendapatkan tender dari  Syarikat Samudera tu kenapa masih tak gembira.?”Abang ngah tiba-tiba muncul di belakangku.Selesai makan malam tadi aku terus keluar mengambil angin di taman sambil berhayal dengan ayunan buaian.Aku memang tidak ceria malam itu walaupun aku menyampaikan berita yang gembira.Aku sendiri tak tahu kenapa emosi ku berubah serta merta bila  aku  secara tidak sengaja mendengar perbualan kaklong di talifon.Aku pasti kaklong sedang bercakap dengan madunya.Tapi antara ayat yang aku dengar yang meruntun jiwa ku bila kaklong menyebut tidak akan mengizinkan abang midi bernikah lagi.Abang Midi ingin bernikah lagi???? itulah yang di sampaikan oleh Ieez madu kaklong.mengapa Abang Midi sanggup buat Kaklong sedemikian rupa.dulu di memberikan alasan kaklong sakit dan tidak dapat membahagiakannya.Kaklong izinkan dia bernikah dengan Ieez  teman wanitanya yang selalu di bawa kehulu kehilir.Kak lOng tak sanggup nak berkongsi dosa dengan besubahat pada segala maksiat yang dia lakukan.Sekarang apa pula alasan dia untuk bernikah lagi?Memang dasar lelaki tamak yang tak pernah cukup dengan yang ada.Walaupun abang Midi berkemampuan tapi dia tidak patut melukai perasaan isteri-isterinya.
“Adik kenapa ni,bang ngah ni macam cakap dengan angin je,sedangkan adik mengelamun entah kemana.Adik ada masalah ke?”Abang ngah menyentak lamunanku.Kesian angah aku lansung tak memperdulikan dia.Malah aku lansung tak menghiraukan apa yang abang ngah cerita pada ku.Fikiranku jauh mengelamun tentang kaklong.Kesian Kaklong  hidupnya sentiasa ditimpa musibah,berat sungguh dugaan yang allah berikan padanya.Kalau aku di tempat Kaklong belum pasti aku dapat menanganinya setabah kaklong.Kaklong masih mampu selindungkan masalahnya dari kami.Dia mampu tersenyum dan ceria di meja makan di hadapan Ibu,abah,aku dan angah.Sedangkan aku bila mengetahui masalah kaklong sahaja aku dah tak selera makan dan tak mampu tersenyum
“Adikku sayang termenung lagi?apa lah yang adik menungkan sampai lansung tak hiraukan abang ngah”Rungut abang ku itu.Kesian juga bila ku lihat abang ku seorang ni.Aku hanya tersenyum melihat abang ngah.Sejak kecil lagi aku memang rapat dengan abang ngah berbanding kaklong.Abang ku itu lebih memehami aku.
“Adik ada masalah dengan Kamal ya..?”Abang ngah cuba serkap jarang bila aku tidak menjawab soalannya.
“Mana ada bang ngah ni pandai-pandai je,Orang dengan Kamal ok je..bang ngah dah lama adik tak nampak kak sofia datang sini,bang ngah dengan Kak Sofia ok ke?”Aku mengalih tajuk perbualan kami.
“Adik ni pandai ubah tajuk ya,pandai nak kenakan angah pulak.Kami  ok je Cuma kak sofia tu sekarang tengah sibuk sambung belajar lagi,ambil pHD  tu yang jarang dapat keluar sama.Dapat jumpa pun sebulan sekali je.Tapi tak apa lah abang ngah tak nak jadi penghalang masa depan dia yang lebih cerah.”Abang ngah menerangkan padaku panjang lebar.Patutlah dah lama kak sofia tak datang kerumah.
“Bagus la bang demi masa depan bang ngah jugak dengan dia kalau ada jodoh insyaallah.”Aku memang mengharapkan Kak Sofia menjadi kakak ipar ku.Dari pertama kali angah memperkenalkan kak sofia pada keluarga kami,kami semua amat bersetuju dengan pilihan abang ngah.Kak Sofia seorang gadis yang sederhana tapi manis,menarik,lemah lembut dan bercirikan wanita muslimah.Ibu dan abah dah tak sabar-sabar meminta  abang ngah berumah tangga tak sabar nak bermenantukan kak sofia.
“Adik, bang ngah nak masuk dulu ya,bang ngah dah janji nak telifon sofia”Sambil tersenyum angah meninggalkan aku sendiri disitu.Tiba-tiba aku teringat yang aku juga telah berjanji dengan kamal untuk online dia selepas makan malam.Aku bergegas bangun untuk masuk.Di ruang tamu aku lihat abah,ibu dan kak long sedang membincangkan sesuatu.Agak serius wajah abah,aku tidak berniat untuk masuk di dalam kelompok perbincangan yang hangat itu.Aku dapat rasakan pasti kaklong sedang menceritakan segalanya pada ibu dan abah.Aku memberi  ruang untuk mereka berbincang.Aku terus melangkah menaiki tangga menuju kebilik ku.Ku lihat bang ngah tergesa-gesa keluar dari biliknya.
“Abang ngah nak kemana,dah malam ni tak tidur sini ke?”Aku menyoal abangku kerana aku menyangka abang ngah akan bermalam di rumah abah malam ini.
“abang ngah ada hal lah dik nak keluar sekejap nak pergi ambil kawan,kalau sempat abang ngah balik tidur sini,kalau tak bang ngah balik rumah je”Abang ngah memberitahuku.Aku terpinga-pinga siapa kawan  yang abang ngah nak ambil malam-malam begini.Akhirnya aku mengabaikan  segala persoalan di fikiranku.aku masuk kekamar dan mencapai laptop ku,setelah online ku lihat kamal tiada dalam talian…aku biarkan dahulu laptop ku disitu dank u capai talifon bimbitku.Di sebelahnya kuterpandang bungkusan yang masih belum sempat ku buka.Ku letakkan kembali talifon bimbitku.Ku capai bungkusan dari Kamal lalu ku buka perlahan.Hatiku berdebar-debar tak sabar rasanya untuk melihat isi kandungannya.Aku amat teruja bila ku lihat isi kandungannya.Kamal memang romantik, dia telah mengirimkan  sehelai  T-shirt couple yang telah di cetak dengan gambar romantik kami berdua.yg di kirim pada ku hnya “VE”….kemungkinan “LO” ada padanya…Aku sungguh tak sangka kamal sanggup membuat semua ini demi aku.Aku mencapai talifon bimbitku semula,aku berniat untuk terus bercakap dengan Kamal .Aku segera mendail Kamal,tapi aku kecewa kerana Kamal tidak dapat dihubungi.Aku mendail berkali-kali tapi tetap mengecewakan.Kenapa Kamal tidak mengaktifkan talifonnya?Aku jadi berdebar-debar.Perasaan sedih dan risau bercampur baur di dalam hatiku.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk meninggal pesanan ringkas kepada Kamal.Aku harap Kamal akan membaca pesananku apabila di mengaktifkan talifon bimbitnya.Sedar tak sedar akhirnya aku tertidur dalam kehampaan.Aku harap aku akan dapat bertemu dengan Kamal di dalam mimpiku yang indah.



“Larra bangun nak dah subuh ni ” Dalam sayup-sayup ku dengar suara ibu mengejutkan aku solat subuh.Setiap hari ini lah tugas ibu,kalau ibu tidak mengejutkan aku,pasti solat subuh ku hanya di dalam mimpi.Aku mengosok-gosok mata sambil bangun dan menuju ke bilik mandi.Seperti biasa aku mencuci muka dan gosok gigi.Biasanya di hari cuti begini aku tidak akan mandi awal.Selepas solat subuh aku akan bersantai-santai di bilik sambil membelek-belek majalah yang belum sempat ku baca.
“Larra jangan lupa mandi dan bersiap,kalau tidak malu dengan tetamu kita”Ibu memberitahuku dari luar bilik mandi.Aku terkejut,siapakah tetamu yang ibu maksudkan?bila tetamu tu sampai pagi-pagi lagi dah ada di sini?Aku malas nak menyesakkan fikiran ku.Lebih baik aku ikut sahaja cakap ibu untuk kebaikan.
Siap mandi aku bersolat.Sesudah solat ku lihat jam dinding bilikku menunjukan baru jam 6.40 pagi.Aku mengambil keputusan untuk bersantai di bilik sahaja.Aku mengenakan pakaian yang Kamal hadiahkan padaku,terasa Kamal begitu dekat dengan ku.Ku capai talifonku untuk melihat pesanan yang masuk ketika aku tidur.Ada  tiga pesanan yang belum lagi aku baca.Aku membuka satu persatu.
“Hai sayang maaf sebab Kamal temembiarkan talifon dalan keadaan yang tak aktif kerana terpaksa.tentu sekarang Larra dah bermimpi.Bermimpi yang indah ya sayang,mana tahu bangun tidur nanti kita dapat berjumpa”Itu lah isi sms dari Kamal.Sungguh manis untuk menjadi santapan jiwa di pagi hari.Aku membuka sms yang kedua itu juga dari Kamal
“Sayang Kamal ada kejutan bila Larra bangun tidur nanti,yang pasti sayang akan gembira,jangan lupa memakai pakaian yang Kamal kirim tu ya supaya kita akan tetap dekat walaupun hakikatnya kita jauh.’I Love you so much honey’ Wah kamal beromantik di pagi hari.Pesanan ketiga ku buka,ianya dari abang ngah”Adik bersiap ya bang ngah ada kejutan untuk adik pagi nanti” Aku terfikir kejutan apa pulak yang abang ngah nak beri padaku,ada-ada saja abangku itu.tapi kenapa pagi ku di penuhi kejutan???Agaknya dia bawakan coklat yang besar untuk ku seperti biasa.Aku hanya tersenyum sendiri kerana tiap kali bang ngah kata ada kejutan pasti dia membawa satu bar coklat yang besar untukku.Kalau bukan coklat pasti aiskrim kegemaranku.Kedua-duanya adalah makanan ringan yang menjadi kegemaran ku sejak kecil lagi.Aku berniat untuk membalas sms yang telah ku terima itu tetapi entah mengapa hatiku terasa malas untuk menekan butang-butang papan kekunci telifonku.Aku bercadang untuk keluar dari bilik dan menghirup udara segar di halaman rumah.Aku hendak mengajak zaquan bermain-main sebelum sarapan pagi.Aku melihat wajahku di cermin semuanya kelihatan sempurna walaupun hanya sentuhan nipis bedak debu yang ku ratakan di muka.Aku tidak berniat untuk mengenakan sebarang solekan ketika aku berada di rumah.Rasa rimas jika sentiasa mengenakan alat solek,sesekali wajah mesti di biarkan dalam keadaan neutral.
Aku melangkah turun anak tangga satu persatu,sepertinya memang rumahku di kunjungi tetamu,tetapi siapa yang berkunjung ketika pagi-pagi hari begini?ah mungkin kenalan lama abah atau ibu,atau kaklong.Aku mendengar perbualan yang sayup-sayup dari ruang tamu,aku mengambil keputusan untuk keluar melalui pintu dapur sahaja,tidak mahu menganggu agenda orang lain.
Aku benar-benar hairan,selalunya pembantu rumahku mak yam sibuk menyediakan sxarapan pagi,tetapi pagi itu tiada kelibatnya di dapur.dapur kelihatan lengang saja.Aku tinjau-tinjau kelibat Zaquan anak buahku yang comel itu,nampaknya dia tidak kelihatan munkin belum bangkit dari tidur teka ku sendiri.Aku keluar dari pintu dapur menuju ke buaian yang ada di taman halaman rumah.Perlahan-lahan ku ayunkan buaian itu untuk ku nikmati udara pagi yang nyaman dengan aroma bunga-bungaan milik ibu.Ibu memang gemar dengan menanam bunga,begitu juga dengan kak long.Tetapi aku berbeza dari mereka,aku hanya gemar menikmati panoramanya sahaja.
“Adik buat apa kat sini,bang ngah cari di bilik adik tak ada ingat dah hilang adik bang ngah sorang ni” Jerkahan abangku benar-benar mengganggu ketenanganku.
“bang ngah ni suka la kacau adik,adik baru nak nikmati panorama dan udara pagi yang segar  tau,”aku merungut pada abangku sambil menarik muka masam.
“Adik kami semua dah tunggu adik nak sarapan sama-sama,jom lah masuk dah  lama tau kami tunggu adik tak turun-turun”Abang ngah berkata sambil menarik tangan ku.Aku menjadi agak pelik,kata-kata abang ngah tadi menunjukkan memang ramai  di dalam rumahku.
“bang ngah adik nak Tanya ni siapa tetamu ibu tu?”Aku menyoal abangku dengan serius.bang ngah tersenyum memandang aku sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Adik kat dalam tu bukan tetamu ibu atau ayah atau kak long atau bang ngah,tetapi tetamu adik la”abang ngah berkata sambil menarik rambutku yang terikat.
“Hah?!! Tetamu adik?siapa?adik rasa adik tak berjanji dengan sesiapa.”Aku mula binggung dengan penjelasan angah.
“itu yang di namakan kejutan adikku sayang……….dah lah jom masuk jangan nak banyak bebel kat sini”Abang ngah menarik tanganku.Aku yang masih binggung hanya mengikut belakang  dan abangku masih terus memimpinku sama seperti dahulu.abang ngah memang benar-benar sayangkan aku.
Dalam keadaan yang acuh tak acuh aku ikutkan saja langkah kaki masuk ke dalam…dalam hati berlegar2 siapa kan gerangan tetamu ku itu…musykil sungguh…..di ruang makan aku dengar riuh suara bersembang sambil di selangi gelak tawa….rasanya aku kenal suara itu…..suara yang aku sgt2 rindui…suara yg aku kasihi..tapi tidak mungkin….aku pujuk hatiku supaya tidak berharap pada suatu yg tidak pasti…..
“choppp…bang ngah…bang ngah….”aku menarik lengan baju abangku…abang ngah berhenti sambil menoleh kearah aku….
“apa lagi ni dik..masuk je la cepat kesian mereka semua lama tunggu adik tau…”bebel  abang ngah..semua itu tidak aku hirau..yang aku tau aku hanya nk Tanya siapakah gerangan tetamu yang ada di dalam..aku benar-benar ingin tahu adakah yang ada di dalam itu adalah kamal….
“abang cuba abang cakap betul-betul dengan adik….yang ada di dalam tu kamal ke??”
Bang ngah hanya tersenyum…dan itu lah jawapn pada soalan ku…..Aku semakin pasti  tekaan ku itu betul….aku terus berjalan pantas menuju ke ruang makan…..ku lihat kamal tersenyum melihat ku…dan dia menyarung pakaian yg sama dengan ku yg ber huruf “LO”…… kejutan yang sungguh indah…aku segera menuju kearah mereka……ku lihat abah,ibu dan kak long tersenyum kepada ku…
“amboiiii adik akak ni suka benar dia ye…bila Nampak sang arjuna ada di sini…..”kak long mengusik ku…
“ye la sama la dengan awak masa dulu masa Midi dating awak pun senyum lebar” abah pula mengusik kak long….
“ala..kenapa semua orang nak usik larra ni……hai kamal…nakal ye suka buat kejutan……bila sampai?” suara ku menyapa kamal yang hanya berdiam dari tadi…..
“dah nk balik dah tunggu tuan puteri tak turun-turun” usik bang ngah ku…
“sibuk la angah ni…..maksudnya malam tadi ‘kawan’ yang angah nk ambik tu Kamal la ye?..kenapa tak bagi tahu orang??boleh la orang tunggu bentang permaidani merah untuk encik kamal kita ni…” usik ku pada kamal yang hanya tersenyum dari tadi tnpa bersuara….
“saja je Mal nk buat kejutan ni….mana boleh Mal tak datang berjumpa Larra..nanti ada orang merajuk sebulan” Kamal akhirnya bersuara sambil mengusik ku……
“sudah tu asyik berbual je bila kita nk mula bersarapan ni…..Larra sendukkan mee goreng tu untuk kamal”ibu mengarahkan ku..aku hnya menurut sahaja…kami sekeluarga bersarapan sambil berbual-bual mesra….alangkah indah detik itu……tidak dapat ku gambarkan perasaan bahagia ku itu….aku dah kamal dalam rupa yang sama…sungguh cantik baju couple yg di design kan oleh kamal..kami di lihat sebagai pasangan romantik…..
Selepas bersarapan Kamal meminta izin pada abah dan ibu untuk membawa ku keluar….dan abah sentiasa mengizinkan selagi kami pandai menjaga batas-batas  pergaulan…..dan kami keluar dengan gaya yg sungguh simple .Kamal bercadang membawa ku pergi memancing di suatu tempat….aku hanya ikut sahaja asalkan kami dapat habiskan masa bersama…….

No comments:

semakin hari semakin cinta:)

Daisypath Anniversary tickers